Tuesday 5 August 2014

Pengenalan Kepada Persijilan IMP



Pengenalan

IMP adalah akronim kepada Islamic Manufacturing Practice yang bermaksud Amalan Pengilangan Islam. IMP merupakan suatu piawaian yang diwujudkan bagi tujuan membantu usahawan-usahawan Muslim yang bergiat didalam industri terutamanya bidang makanan dan kosmetik didalam mengeluarkan produk-produk yang berstatus Halalan Thoiyyiba yang merujuk kepada Al Quran dan As Sunnah sebagai panduan proses pengilangan produk-produk.

Asas persijilan IMP

Terdapat tiga (3) elemen asas kepada persijilan IMP, iaitu :
i. Pengusaha
ii. Pekerja
iii. Bahan Mentah dan Situasi Kilang


Pengusaha

Pengusaha yang ingin melibatkan diri dalam industri pembuatan produk berasaskan Halalan Thoyyiba mestilah:


  • Niat untuk menyediakan produk yang halal lagi baik kepada pengguna Muslim semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t.
  • Menyedari bahawa penghasilan produk akan menjadi darah daging dan akan dituntut di akhirat kelak
  • Mengetahui persoalan hukum-hakam didalam pembuatan produk
  • Mempunyai ilmu-ilmu berhubung dengan persoalan agama
  • Membekalkan produk yang mengikut piawaian syara’
  • Sumber kewangan yang digunakan untuk perniagaan tidak bersumberkan riba
Pekerja 

Pekerja yang melibatkan diri di dalam ndustry pembuatan produk berasaskan Halalan Thoyyiba mestilah:

  • Seorang Islam dan beriman kepada Allah dan Rasul
  • Mengetahui dengan bersungguh-sungguh hukum thoharah (Bersuci) yang berhubung dengan dirinya dan kesucian bahan-bahan peralatan dan bahan mentah
  • Berkemampuan untuk membaca Al-Qur’an
  • Sentiasa berada dalam wudhu’
  • Sentiasa memulakan pekerjaan dengan Bismillah



Bahan Mentah dan Situasi Kilang

A. Bahan Mentah

  • Sumber bahan-bahan mentah hendaklah yang halal dan mendapat pengesahan dari pihak berkuasa dan dari Unit Audit Syariah Dalaman

B. Situasi Kilang

  • Susunan dalam kilang mengikut syara’
  • Tidak ada muzik, ada nur bacaan Al-Qur’an
  • Ada kuliah kefahaman tentang HALAL, IMP, GMP dan HACCP
  • Ada kuliah kefahaman tentang agama Islam pada keseluruhan bahagian pengurusan dan operasi
  • Peralatan dan bahan mentah mestilah dibersihkan mengikut piawaian syariah
  • Tiada percampuran antara lelaki dan perempuan

Kebaikan IMP kepada Pengguna Muslim

Piawaian pengilangan secara islam ini diwujudkan agar pengguna-pengguna Islam dapat mengenali produk-produk yang diusahakan oleh pengusaha muslim 100% yang memahami hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah. Oleh yang demikian, ini memudahkan pengguna untuk mencari produk yang diyakini halal dan baik untuk kegunaan sekeluarga.

Orang-orang bukan islam pastinya tidak mahir dan mengetahui halal dan haram serta tidak terikat dengan dosa dan pahala. Justeru itu tidak layak bagi mereka mengusahakan makanan untuk dimakan oleh orang Islam. Dengan menggunakan produk yang berstatus IMP ini, diharapkan dapat melahirkan generasi Muslim yang sejati. InsyaAllah, amin.

Sumber
Komuniti IMP
Nilai Muslim Shoppe

No comments:

Post a Comment