Saturday 9 August 2014

Al-Khawater (Terima Kasih Malaysia)


Sebuah rancangan arab yang memaparkan tentang perkembangan dan masalah muslim di seluruh dunia. Dalam Siri 6 Episod 20 ini memaparkan berkenaan industri pembuatan di negara Islam dan dengan suka hatinya berterima kasih kepada Malaysia terutamanya Proton kerana menjadi antara salah satu dari 3 buah negara Islam yang mengeluarkan kereta di dunia. Selain Malaysia, negara Islam yang mengeluarkan kereta adalah Iran dan Syria.

Walaupun Proton bukanlah kereta yang boleh dikategorikan sebagai kereta yang paling baik atau bagus tetapi Proton ada inisiatif untuk menceburkan diri dalam segmen pengeluaran automotif. Orang arab pun boleh bangga dengan Malaysia/Proton, takkan kita yang dilahirkan Islam di dalam Malaysia tidak berasa bangga dengan Proton? Tepuk dada tanya selera.

Sokong produk buatan orang Islam
Sokong produk buatan Malaysia


#SupportMadeByMuslims
#SupportMadeByMalaysians

No comments:

Post a Comment