Tuesday 15 July 2014

Khasiat dan Kelebihan Kismis




Kismis dihasilkan daripada buah anggur yang telah dikeringkan melalui kaedah haba matahari atau haba dari ketuhar. Ia mungkin agak manis namun ia mempunyai manfaat yang baik dari sudut kesihatan. Kismis juga boleh membantu meningkatkan kecerdasan minda yang lemah dan pelupa. Digalakkan untuk mereka yang menghafal Al-Quran, Hadis dan untuk pencapaian cemerlang dalam pelajaran.

Antara khasiat dan kelebihan kismis adalah :-
  • Membantu menguatkan daya ingatan
  • Boleh mencerahkan mata
  • Dapat membersih dan melindungi hati
  • Melawan bakteria mulut yang menyebabkan pereputan gigi.
  • Membantu sebagai penerang hati
  • Membantu mengurangkan stress
  • Membantu merawat penyakit anemia
  • Membantu untuk mengubati penyakit lupa
  • Membantu mencerdaskan minda
Penggunaan kismis dalam pelbagai tradisi dan budaya mungkin berbeza di antara satu sama lain. Namanya juga berbeza di antara pelbagai budaya dan bahasa. Ia boleh dimakan mentah mahupun digunakan dalam masakan dan pembuatan kek. Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya.

Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana separuh darinya adalah fruktosa dan separuh lagi adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidannya berbanding buah prune dan aprikot.
Kismis telah lama digunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak perlu dan tokoferol sebagai antioksidan.


Nama-nama bagi kismis:-

Inggeris –> Grape seed / Raisin
Arab –> Zabib
Melayu –> Kismis
Saintifik/latin –> Vitis vinifera


Kandungan nutrisi di dalam kismis:-

Kismis kaya dengan garam mineral dan vitamin-vitamin yang baik untuk tubuh. Antaranya ialah:
Garam mineral

  • Magnesium – baik untuk sistem saraf, fungsi otot dan penukaran gula kepada tenaga.
  • Kalsium dan fosforus – membina tulang dan gigi yang baik.
  • Zat besi – membantu pembinaan sel-sel darah merah dan tisu-tisu badan yang rosak.
  • Kalium – mengoptimum kadar denyutan jantung supaya sentiasa normal dan mengekalkan tekanan darah.
Vitamin-vitamin

  • Vitamin C – Penting untuk pembentukan kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam badan.
  • Vitamin B6 – Mencegah pengekalan air dan membolehkan penukaran karbohidrat kepada tenaga.
  • Vitamin K – Diperlukan untuk pembekuan darah yang normal dan sintesis protein yang terdapat di dalam plasma, tulang, dan buah pinggang.
  • Folat – Membentuk sel-sel darah merah dan penting dalam peredaran darah ke seluruh tubuh.
  • Riboflavin – membantu dalam pelepasan tenaga untuk sel-sel badan dan membolehkan pemecahan lemak di dalam badan
Kismis merupakan salah satu alternatif bahan makanan yang wajar dijadikan snek makanan kepada anak-anak. Justeru itu, anda perlu mengubah persepsi bahawa kismis hanya bahan makanan yang dimakan sewaktu menjelang peperiksaan, majlis keramaian tertentu atau dimasukkan ke dalam roti atau kek. Kismis sepatutnya dijadikan makan seharian untuk anak-anak dan juga keluarga anda.




No comments:

Post a Comment